Tarikh : 7 Julai 2013.
Masa : 1am.
Laman : Kampung Liang Batu,Pagoh Johor.
Team : Kawan ,Emy,Botak,Pow,Kudut dan Kasmadi.
Jentera : Van Ford.
Pikat : Si KB dan Si TA.
Teknik : Racik Tanah dan Jebak.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Arini kami group TS berkunjung ke Kampung halaman Abg Kasmadi di Pagoh.Jam 1 pagi kami bertolak dari Semenchu menaiki Van Ford...Melalui Highway Kulaijaya terus ke Pagoh mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalan...
Sampai di susur keluar Pagoh kami dijemput oleh Abg Kasmadi dah tunggu..Kami terus menuju ke kampung mertuanya....Sampai je kat umah mertua Abg Kasmadi,kami berborak sekejap..Pastu terus merehatkan badan,esok pagi-pagi nak berperang...hehe....
Keesokkannye selesai sarapan pagi,kami terus bertolak masuk kelaman...BH punye la riuh...Suara mantap-mantap kat sini....
Laman pun agak cantik dengan sawit bersulam pokok getah serta dusun buah-buahan...Kami menyusup mencari BH idaman kalbu...hehe....ni le sebahagian gambar ekspidisi kami di Pagoh...
Ni sebahagian BH yang berjaya kami tawan di Pagoh....
Selesai melaman kami pulang semula ke rumah mertua Abg Kasmadi,Kami bersiap-siap untuk pulang ke Kota Tinggi...Dalam pukul 8 malam Kami pun Bergerak pulang...
Terima Kasih tak terhingga kepada Abg Kasmadi serta keluarga mertuanya kerana melayan kami dengan amat baik sekali serta menghidangkan kami dengan juadah yang amat lazat...Semoga kita bersua lagi dimasa akan datang...Kami mohon kemaafan seandainya kami ada melakukan kesalahan sepanjang kami berada disana...Insyaallah kami akan kembali lagi ke Pagoh sebab BH idaman hati banyak lagi yang belum ditawan...hehe....
Sekian laporan Kawan untuk kali ini...Sekian Wassalam....