Monday, September 24, 2012

TRIP SILATURRAHIM HIMPUNAN SEJUTA PEMIKAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog Kawan...Di sini kawan nak maklumkan tentang Trip Silaturrahim Himpunan Sejuta Pemikat Malaysia...Seperti kenyataan diatas...Sama-sama kita meriahkannya....disamping melaman,dapat juga bersua dan berkenalan dengan pemikat dari seluruh Malaysia... Disamping hadiah yang ditawarkan,ada cabutan bertuah yang menanti.... "Kita jumpa disana......"

Monday, September 10, 2012

10 September 2012.

Tarikh : 10 September 2012.
Masa : 4.30pm.
Laman : Ladang Sawit Blok 12 Felda Semenchu.
Team : Kawan dan Icam.
Jentera : Yamaha Cup Trek Kebun.
Pikat : Si Gusi (AH)



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog Kawan ni....Arini cuaca amat-amat cantik dari pagi...Dah berapa hari nak melaman petang asyik ujan je...hehehe....Walaupun arini cuaca suram jugak...tapi ada jugak matahari tunjukkan dirinya...hehehe...



 Pukul 4.15pm kawan dah kerumah Icam...Sambil bincang-bincang nak melaman kemana ni...Last-last kami gi laman Blok 12 yang banyak BH memandangkan Icam nak mengajar BBnye...Sampai kat laman BH ade le seko dua yang bunyi...Icam terus le pacak BBnye berdekatan dengan parking moto...







Kawan pulak menyusup arah berhampiran paya...tadi ada seko AH asyik kokok je kejenye...hehhee...Kawan persiap laman terus turunkan Si Gusi yang dah lama berehat mase puasa aritu....Si Gusi terus jalankan kejenye...(Tuannye senyum je dari jauh...hehehe...)Dalam 10 minit Kawan dah nampak kelibat AH....Di sahut dengan tepuknye yang gagah tu....boleh tahan garang ni...







Si Gusi balas tepuk dan kokok....AH dah panas hati mengais-ngais luar laman....Si Gusi tepuk,kokok dan tembak sekali...AH terus masuk belaga dan tak sedar kedua-dua kaki dah terjerut racik....Alhamdulillah....ade rezeki Kawan petang ni..... Ni le rupanya....


 Pandangan Kanan...








Pandangan kiri...








Pandangan Keris....(setengah inci dah gangster...hehehe...)








Sambil Kawan leraikan racik,telinga peka mendengar kokokan AH lain....semua jauh-jauh....penatnya nak kejar....Last-last Kawan amik keputusan pacak je la Si Gusi,kasi dia makan rumput je....Jam menunjukkan kol 6.30pm,kami kemas dan pulang...



 Sekian laporan Kawan untuk kali ni.... Wassalam.....

Monday, September 3, 2012

BERSUA DENGAN ORANG LAMA

Tarikh : 1 dan 2 September 2012.
Masa : 2pm. Destinasi : Parit Raja,Batu Pahat Johor dan Negeri Sembilan.
Team : Kawan,Sharil (Sang Semut) dan Adam (Adam Layau).
Jentera : Proton Waja 1.6


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada sahabat dan kenalan semua....



 Arini Kawan dan member kat sini sekadar bersua dan berkongsi ilmu dengan Orang-Orang lama seperti Abg Yusof (Yusof Budiman)di Parit Raja,Batu Pahat..Pak Lang (Paklang Sangkar) dan Pakcu Z di negeri Sembilan....Sebenarnya dah lama kami plan nak berkunjung tetapi baru sekarang semua ada kelapangan....



KERUMAH ABG YUSOF BUDIMAN,PARIT RAJA,BATU PAHAT,JOHOR...



 semakin hampir....(Jam menunjukkan pukul 5pm)









Setibanya kami dirumah Abg Yusof Budiman,kami berborak sambil menikmati Soto yang sememangnya sedap...lebih kurang pukul 6pm kami bertiga minta diri untuk meneruskan perjalanan kerumah Paklang di Seremban...Sebelum tu kami merakamkan gambar kenangan dirumah Abg Yusof Budiman...



Siapa paling ensem nih...???hehehe...







Kepada Abg Yusof serta isteri,kami amat berterima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami dan menyaji makanan...Sempena Hari Raya ini Kami memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tergurau senda...Halalkan segala makan dan minum kami semasa berada dirumah Abg Yusof....




 KERUMAH PAKLANG SANGKAR,SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.




 Perjalanan kami dari Parit Raja mengambil masa lebih kurang 2jam setengah...Setibanya kami di Seremban,Kami bersua buat kali pertama dengan Paklang...Paklang mengajak kami menjamu selera di kedai makan berhampiran dengan kediaman beliau...Setibanya dirumah Paklang,kami disambut oleh Maklang dengan mesra sekali...




Sambil-sambil tu Paklang mengajak kami ke halaman rumah untuk melihat bengkel pembuatan sangkar serta ladung yang menempatkan burung terkukur untuk diturunkan baka....Selepas itu kami berborak sambil mempelajari ilmu berkaitan terkukur...Ternyata Paklang amat bermurah hati untuk mengajar kami yang masih mentah dalam bidang ini...




Jam dah hampir pukul 2pg...Kami merehatkan badan untuk tido,dan tak sabar nak tunggu esok pagi sebab nak dengar burung terkukur yang sememangnya terbaik dari koleksi Paklang....



 2 SEPTEMBER 2012...


 Pagi-pagi lagi kami dah bangkit dan membersihkan diri sambil mendengar suara burung dari belakang umah Paklang....riuh dengan suara pikat...syok je dengar...hehehe.... Maklang menjemput kami bersarapan pagi...Maklang menyaji kami dengan mee hoon goreng yang menyelerakan....terima kasih Maklang... Selesai bersarapan Paklang menunjukkan cara-cara membuat sangkar layang....Di bawah ni sebahagian gambar yang sempat diambil...




 haaaa....nak curik burung Paklang ke??hehehhee.....







Adam bergaya disamping merbuk Paklang...hehehe...









Paklang sentiasa teliti dalam pembuatan sangkar layang....








gaya anak murid dan Sifu....hehehe....










Boleh ke tu?










cehhhh.....









bekerja keras nampaknya si Sharil ni..(boleh naik gaji...hehehe.....)










Kawan test buat teknik kayu bakar...(rokok kat ujung bibir yang tak tahan tu....hahaha...)









dalam pukul 11am,kami dibawa Paklang ke rumah kenalan untuk melihat baka ayam serama...Kawan nak try buat induk disebabkan kat Johor sekarang orang kurang berminat dah nak membela dan membiakkan ayam serama..mana tau ade rezeki nanti,dapat le Kawan turunkan baka....Terima Kasih kepada Paklang kerana membawa kami kerumah kenalan beliau kerana ayam serama yang kawan beli ni kene dengan citarasa kawan dan dapat dengan harga yang amat-amat special....hehehe....














Dalam tengahari kami pulang semula ke rumah Paklang..Tak lama tu Paklang didatangi Otai merbuk iaitu Wong (Bird Man) dan Art Guan...Kami bersembang bersama...Ternyata Mr Wong juga seorang amat teliti dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau... Ni sebahagian gambar yang sempat diambil semasa Mr Wong datang ke rumah Paklang...








Sempat pulak berposing dengan jebak Mr Wong ni...hehehe...

















Kami disajikan makan tengahari oleh Maklang...Pekene udang sambal..pehhh...marbelesss.....Sebelum Mr. Wong pulang,kami sempat merakamkan gambar kenangan....









Jam dah menunjukkan hampir pukul 3pm...Kami ingin singgah di kediaman adik kepada Paklang iaitu Pakcu Z untuk melihat AH sebelum berangkat ke Johor...Kepada Paklang,Kami amat-amat berterima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami dari Johor...Dapat mempelajari ilmu yang sangat berharga dari Paklang...Kepada Maklang,terima kasih banyak-banyak kerana sanggup bersusah payah menghidangkan kami dengan santapan yang sedap-sedap...Kami takkan lupakan pengalaman sepanjang berada dirumah Paklang dan Maklang...



Bersempena Bulan Syawal ini,kami ingin memohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan mintak dihalalkan segala makan dan minum kami....Jika panjang umur kita akan bersua lagi dimasa akan datang....Terima Kasih Sekali lagi....




 KERUMAH PAKCU Z.



 Perjalanan kerumah pakcu Z Ambil masa lebih kurang 45 minit....Kami bertemu di gerai menjual cendol(pehhhh....sedap pekene time2 panas macam ni...hehehe...) Sampai dirumah Pakcu Z kami disajikan lagi dengan Mee kari...(sedaaappppp....) Ni sebahagian gambar yang sempat diambil kat kediaman Pakcu Z....


















Jam dah menunjukkan pukul 6.30pm...kami minta diri untuk pulang kepada Pakcu Z...Terima kasih banyak-banyak kepada pakcu Z dan isteri kerana sudi menerima kedatangan kami dan menyajikan juadah yang semangnya menyelerakan....Kami juga ingin memohon kemaafan sekiranya kedatangan kami ini ada melakukan kesalahan dan terlepas cakap....minta jugak dihalalkan segala makan dan minum kami....




 Setelah selesai semuanya kami berangkat pulang ke Johor dengan 1001 kenangan dan pengalaman dari orang lama seperti Yusof Budiman,Paklang Sangkar dan Paksu Z...Jika ada rezeki kita akan bersua lagi....




 TERIMA KASIH SEMUA DARI KAMI.......