Monday, September 30, 2013

TRIP SILATURRAHIM HIMPUNAN SEJUTA PEMIKAT MALAYSIA PART 2.

Sambungan dari part 1...


 Berikut adalah gambar pemenang cabutan bertuah...



 
















































































































































































































































































































































 Berikut adalah hadiah khas kepada peserta yang bertuah....



Peserta Paling Sporting...


   



Peserta Paling Tegar...







Penyandang Gelaran "King Of Parit King 2013"








 berikut adalah cenderahati kepada VIP yang dijemput khas untuk majlis penutup...




 









 Berikut pula cenderahati daripada Prof. Muhammad Saiful Haq Hussin dari University Malaya kepada pihak Penganjur...




 



 Akhir kata kami dari Persatuan Pemikat Terkukur Dan Merbuk Malaysia(PPTDMM)mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang,bagi yang tidak bernasib baik boleh cuba di tahun akan datang...



Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Balai Polis,Parit Raja kerana kelancaran program ini...Begitu juga kepada Ketua Mukim 8 Penghulu Parit Raja kerana memberi ruang kepada kami menjalankan aktiviti di kawasan beliau,sesungguhnya Parit Raja adalah sebuah kampung dan penempatan yang cantik serta banyak burung terkukur dan merbuk..Tidak dilupakan Ketua Kampung Parit Raja kerana berjaya menjadikan impian kami menjadi kenyataan..Kepada Imam Parit Raja,kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana atas doa yang dibacakan,tiada kejadian yang tidak diingini berlaku...Kepada Prof. Muhammad Saiful Haq Hussin dari Universiti Malaya juga kami mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kerana dapat bersama-sama kami untuk membuat kajian mengenai hobi yang indah ini hingga kemuncaknya...jutaan terima kasih juga kami tujukan kepada Akhbar Sinar Harian serta semua kakitangan Karangkraf kerana memberi kami peluang untuk menaikkan martabat pemikat terkukur dan merbuk didalam paparan akhbar. 


kepada semua peserta dari seluruh tanahair,kami menucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kerana memberi sokongan tak berbelah bagi kepada kami untuk sama-sama menjayakan Trip Silaturrahim pada tahun ini...walaupun perjalanan jauh persahabatan dan silaturrahim pada semua amat diutamakan.. Semoga Allah merahmati pergorbanan tuan-tuan semua,tanpa sokongan dari semua pihak Trip ini tidak akan berjalan dengan sempurna...


Kami doakan tuan-tuan semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Semoga kita dapat bersua lagi pada Trip-trip akan datang,insyaalah...



 TERIMA KASIH SEMUA....



 Wassalam...