Wednesday, November 1, 2017

Main Casting le pulak....

Tarikh : 29 Oktober 2017
Masa : 6AM. Port : Empangan Seluyut,Kota Tinggi.
Team : Kawan,Emy(Mirage Racing),Pitem,Pow,Aris dan Ijal.
Jentera :Honda Wave (2),Honda EX5 (2),Modenass Kriss dan Yamaha LC.
Set : Reel Shimano Scorpion 101HG,Rod Shimano Zodias dan solf frog.


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Lama dah tak update blog Kawan ni..BH pun dah tak galak sewah dah macam jet pejuang..hehe...Kita main casting pulak untuk musim ni....Pukul 6 pagi kami dah bergerak dari Semenchu..Perjalanan amik masa lebih kurang setengah jam....Sampai port,Apelagi...Kasi baling le...hehe...


Ni le port yang kami pegi....



Port memang cantik....Dalam tengahari kami lepak kejap dalam sawit...Panas terik...


Pekene Kopi O baik punya....Lepas lepak kejap,kami sambung balik....Ade le hasil sikit....Dalam Pukul 2 petang cuaca mendung semacam....






Ingat pukul 3 petang nak sambung blk,apakan daya ujan lebat sama petir sekali....Terpaksa le kami lepak kat khemah...



Chef Emy tgh siapkan sambal kicap.....mantaappp....




Dalam ujan boleh masak jemput-jemput....Asyikkk...memang dah kebulur sangat dah....hehe...










Ni le hasil yang kami dapat....ok le tu,kira puas jugak.....



Hujan masih renyai-renyai,jam dah pukul 6.20 petang...Kami pun beransur pulang.....
Sekian untuk catatan kali ni...nanti Kawan sambung lagi....

Wassalam....

Monday, April 3, 2017

Si Pistol Tapau ke-2

Tarikh : 3 April 2017.
Masa : 6.10pm.
Laman : Ladang Sawit,Felda Air Tawar 5.
Team : Secara Solo.
Jentera : Honda Wave.
Pikat : Si Pistol (PB)
Teknik : Racik Tanah.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kawan ni...

Pada hari ni tutup kedai dah pukul 6,sampai rumah rasa macam nak bawak Si Pistol jalan-jalan.Mane tau BH ade bunyi...Cuaca pun tak menentu sekarang ni..Asyik hujan je..hehe...


Pukul 6.10pm Kawan mulakan perjalanan masuk ke kebun sawit...Biasanya BH area kebun sawit Air tawar 5 ni ade riuh sikit dari tempat lain...Ade terdengar suara sedang,boleh le try pacak laman 1...Siap semua pacak racik,ade semut la pulak kat laman...Kawan pindahkan laman depan sikit...


Lepas pacak semua,Kawan masuk port menyorok dalam 3 pokok sawit...Lambat pulak Si Pistol nak bunyi..BH ade je bunyi dalam 5 pokok sawit...Last-last ade seko melintas...BH yang Kawan himpit ni terus melambung kejar BH yang melintas tadi...Garang betul gayanya ni...hehe...

Si Pistol pun terus buat keje...Asak...selang...asak...selang...tu jela keje dia..belum tau cara nak pujuk BH datang anggar....Dalam lebih kurang 4 minit,BH sampai anggar pelepah atas kepala Si Pistol...Si Pistol bagi nguku anggar seround....Si pistol bagi selang-selang pulak...baru BH ni terjun....

Tudia....ade gagap 5 mata rupanya....mainan kopi o je dia....time ngu sedap pulak....BH terjun terus masuk laman,Si Pistol terjah sikit,BH lompat keluar laman...Dalam dok nguku-nguku sambil jalan,tau-tau kaki dah tersadung racik....Amboiii...kaki dah sangkut pun masih nak pukul lg...hehe...Last-last game over...Alhamdulillah...

Ni le rupa BH tu...

parking tepi tebing paya...




Pandangan kanan...


Pandangan Kiri...



Pandangan Atas...


Sekian laporan Kawan untuk kali ni...Lain kali Kawan akan sambung balik....Wassalam...

Wednesday, March 22, 2017

Si Pistol Naik Pangkat.

Tarikh : 22 Mac 2017.
Masa : 6pm.
Laman : Ladang Sawit Felda Air Tawar 5,Kota Tinggi,Johor.
Team : Secara Solo.
Jentera : Honda Wave.
Pikat : Si Pistol(Pikat Baru-PB)
Teknik : Racik Tanah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setelah beberapa hari training Si Pistol pacak tanah,akhirnya harini ade rezeki napau..Kawan gerak dari rumah lebih kurang pukul 6pm lepas tutup kedai.Nak melaman awal-awal pun BH xbrape nak bunyi kat kebun.cuaca pun agak panas sekarang ni.

Dari umah nak ke laman ni amik masa dalam 10 minit je....sampai je BH ade juga yang bunyi tapi tak brape galak.Kawan pun cari laman yang agak-agak ok terus pacak Si Pistol.Lambat pulak Si Pistol ni nak bunyi.BH ade je yang bunyi selang dalam 10 pokok sawit kot...





Dalam 10minit baru le Si Pistol nak bunyi...Terus asak je dia....Tiba-tiba BH ni terus sampai kat anggar.Selang nguku rupanye BH ni,boleh tahan...Si Pistol pun kasi tembak-tembak....sambil kasi nguku anggar..Tak sampai 5minit BH dah terjun..Garang betul lagaknye..Baru nak masuk laman BH ni dah sangkut racik..Entah macamane BH ni tarik-tarik kaki boleh lepas pulak...Adoooiiii....macam takde harapan je ni...

Memandangkan malas nak pindah-pindah laman,Kawan biar jela Si Pistol main-main dengan BH ni...BH masih tak puashati,masih main-main kat luar laman....Akhirnya,nak kata memang ade rezeki BH ni masuk ikut tepi..Berlaga kejap lepas tu pusing-pusing terus sangkut kali kedua...Alhamdulillah....

Ni le rupa BH tu...





 Pandangan Kiri...



Pandangan kanan....



Pandangan Atas...


Naik le pangkat Si Pistol ni dari Burung Baru(BB) ke Pikat Baru(PB)....Insyaallah Kawan akan sambung dilain masa...Wassalam...

Monday, March 6, 2017

Misi mencari Matawang Kesultanan Johor.

Tarikh : 5 Mac 2017.
Masa : 5pm.
Tapak : Kota Tinggi.
Team : Kawan,Abg Raja,Abg Akob,Abg Shafiee Bunjut,Abg Roslan dan Abg Zainal.
Jentera : Proton Waja.
Teknik : Metal Detector.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Harini operasi diteruskan mencari Khazanah zaman Kesultanan Johor..Dikhabarkan kawasan ni akan dimajukan,kami Group Archaeology Johor Darul Ta'zim berjumpa dengan ketua operasi tapak ini untuk meminta izin MD di tapak berkenaan.


Kawasan Tapak telah di sodok untuk dimajukan...







Bro Zainal tengah MD dengan tekunnye...hehe...



Kobe digunakan untuk mengeluarkan tanah sedalam 6-7 kaki..







Abg Raja dan Waklin...






Wak Lin mengesan objek nampak gayanye tu...hehe...



Abang Raja tgh MD..


Sebahagian Matawang Johor yang dijumpai....





klik disini:

https://youtu.be/w8s4qpFZe_w

Sekian laporan Kawan untuk tatapan sahabat semua...Kawan akan sambung lagi dimasa akan datang...Wassalam....

Selepas Subuh Kami Menggali

Tarikh : 4 Mac 2017.
Masa : 7am
Tapak : Kota Tinggi.
Team : Kawan dan Abg Akob.
Jentera : Proton Waja.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Harini Kawan teruskan mencari khazanah zaman Kesultanan Johor di Kota Tinggi.Kawan gerak dari umah dalam pukul 6.30am.Sampai Kota Tinggi lebih kurang pukul 7am.Sampai tempat yang dijanjikan,Abg Akob dah stanby dengan botnya..hehe...tanpa berlengah kami teruskan pencarian...Ni le gambar yang sempat diambil(tak dpt amik byk gambar sbb cuaca gerimis pulak pagi ni..hehe)


air sungai tak berapa surut pagi ni....







Ni le rupa sifu MD kwn...Abg Akob...hehe....



Kawasan anak sungai kami redah untuk mencari khazanah...




Ni le sebahagian wang Keton Johor Lama bermula dari tahun 1528-1699


Sekian laporan Kawan untuk kali ini...Kawan akan sambung pada masa akan datang....Wassalam....

Saturday, February 25, 2017

Sejarah Felda Semenchu,Kota Tinggi,Johor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Port Kawan untuk kali ni adalah tentang sejarah Felda Semenchu tempat Kawan tinggal dan dibesarkan...

Bagi nama Semenchu masih lagi menjadi tanda tanya berasal daripada mane...Ada sumber mengatakan berasal dari nama anak sungai di Sungai Lebam...Ada juga cerita orang-orang lama,nama Semenchu diambil dari nama seorang ketua penempatan petani China.Tapi belum dapat dibuktikan faktanya sampai sekarang.

Walaubagaimanapun di Felda Semenchu mempunyai nilai sejarah yang membawa kepada kemajuan dan kemakmuran Negeri Johor pada zaman dahulu.Menurut sejarah,di Negeri Johor mengamalkan Sistem Kangchu kepada petani China.Petani China ini yang datang dari Singapura menanam Gambir dan Lada Hitam.Disebabkan di Singapura tidak mempunyai tanah yang luas bagi petani China,tanaman tersebut dibawa masuk ke Johor dari Singapura.Di Negeri Johor,tanaman ini sangat berkembang pesat dan Johor menjadi pengeluar Gambir dan Lada Hitam terbesar di Asia Tenggara dan terbaikn di Dunia.

Sistem Kangchu ini bermaksud Ketua Penempatan Cina manakala Kerajaan Johor menggunakan istilah Ketua Sungai.Pada 9 Oktober 1844,Temenggung Daeng Ibrahim,pemerintahan Kerajaan Johor telah mengeluarkan SURAT SUNGAI yang pertama kepada seorang pekebun China bernama Lau Lib Keng.Bermula dari surat yang pertama ini,bermulalah penanaman Gambir dan Lada Hitam yang meluas di Negeri Johor.




Berbalik kepada Felda Semenchu,Sistem Kangchu ini meninggalkan kesan yang banyak di merata kawasan penanaman kelapa sawit.Buktinya,hasil dari kajian yang kawan jalankan,banyak Artifak-artifak dan kesan penempatan ditemui.Bahan-bahan logam juga dapat ditemui dengan bantuan alat pengesan logam(Metal Detector).Ini adalah sebahagian penempatan yang ditemui



Kesan dapur dipercayai untuk memasak Lada Hitam dan samsu

























Berikut adalah serpihan artifak yang ditemui...










Berikut adalah sebahagian artifak yang berjaya diselamatkan...






















Berikut pula logam dan syiling lama yang ditemui dan pernah digunakan pada zaman Kangchu...




Cangkul,kapak dan kapak belah




sabit dan parang...


syiling yang ditemui..





syiling dan kelongsong peluru lama...



kalung yang ditemui...



syiling dan mangga...



dipercayai tempat penutup bekas candu






cangkul,belayung dan sabit...

















Kerja-kerja arkeologi akan diteruskan dan Kawan akan update dari masa kesemasa...Sekian,Wwassalam....