Monday, October 1, 2012

TRIP SILATURRAHIM HIMPUNAN SEJUTA PEMIKAT MALAYSIA(PART 2)

Sambungan dari Part 1....



 1.30 pm


 Selesai makan tengahari,peserta pergi semula kelaman yang menarik hati semua peserta...Tangkapan demi tangkapan dicatat dan direkodkan oleh AJK...



 5 PM.



peserta berkumpul semula di khemah urusetia untuk merekodkan hasil tangkapan dan diperiksa oleh AJK yang terpilih...Hasil tangkapan tersebut direkodkan untuk mengetahui pemenang bagi kategori yang dipertandingkan...
















Sementara itu peserta menjamu makan petang dengan Sup Ger Box yang sememangnya sedap....





























5.30pm.


Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah. Majlis penutup diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Penghulu Mukim 8,Parit Raja dan Ketua Kampung Parit Raja.







Berikut adalah senarai gambar dan nama pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan...


 KATEGORI TERKUKUR.


JUARA.
JUMLAH TANGKAPAN : 7 EKOR.
SDR. HELMI MOHAMAD (MIE LIA)






NAIB JUARA.
JUMLAH TANGKAPAN : 6 EKOR.
SDR. AZHAR B. MD AKIB (GOODHOME ART)





TEMPAT KETIGA.
JUMLAH TANGKAPAN : 6 EKOR.
SDR. SYED ARIF (MELAKA).





SAGUHATI TERKUKUR TEMPAT KE-4 HINGGA KE-27.
MOHD RAZALI JUSOH (6 EKOR)
ISHAK BIN AHMAD (5 EKOR)
SARUM PJ (5 EKOR)
QUSHAIRY ADAM (4 EKOR)
MOHAMAD YAZID MD NOOR (4 EKOR)
SABRI AYIE (4 EKOR)
BALLOK KUKOR (4 EKOR)
MAT BMS (3 EKOR)
RAZIF RAZAK (3 EKOR)
BOB KERRY (3 EKOR)
AFENDY CHAN (3 EKOR)
ABD AZIZ YAHAYA (3 EKOR)
RAHMAD FAUZI (3 EKOR)
JUG JAGINDAS (3 EKOR)
SHAHRIM SHAH (3 EKOR)
ADIKA HERY (2 EKOR)
HAFIZ SUBOH (2 EKOR)
WAN SUHAIDI (2 EKOR)
HAMZAH BIN SAMAN (2 EKOR)
MOHD AZLAN ZAMAN HURI(2 EKOR)
UMAQ SELANG TINDAN TUNDA (2 EKOR)
MOHD RIZALMAN (2 EKOR) T
UAN HJ ISMAIL(2 EKOR)
SALIM (2 EKOR)







KATEGORI MERBUK KAMPUNG.
JUARA.
JUMLAH TANGKAPAN : 9 EKOR.
SDR. NORHISHAM BIN WAHAB (ESYAM 3 LAMAN)





NAIB JUARA.
JUMLAH TANGKAPAN : 5 EKOR.
SDR. RASIDI BIN ABD RAHMAN.





TEMPAT KETIGA.
JUMLAH TANGKAPAN : 5 EKOR.
SDR. RUSIDIL BUKHARI ABDULLAH(NAGA SERU)







SAGUHATI MERBUK TEMPAT KE-4 HINGGA KE-12.
MOHD HASROL (4 EKOR)
DIN BOM (4 EKOR)
MUHAMMAD ZUBIR (3 EKOR)
TAN YI KANG (3 EKOR)
MOHD HAFLY (2 EKOR)
MOHD TAUFIK (2 EKOR)
ISMAIL ABD RAHMAN (1 EKOR)
MOHD HAFIZI (1 EKOR)
MUHD SHUKUR (1 EKOR)





JUMLAH TANGKAPAN KESELURUHAN TERKUKUR DAN MERBUK : 113 EKOR.


majlis bersurai pada jam 6.30 petang...


 KATA ALUAN PENGANJUR.


TUAN HJ KHALIDAR BIN HJ IDRIS (PAKLANG SANGKAR)
Penganjur Trip.


 "Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Rumah sdr Yusof Bin Mardi(Yusof Budiman) kerana sudi menjadi tuan rumah Trip yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Pemikat Terkukur Dan Merbuk Malaysia.Seperti yang kita lihat beliau membuat persiapan yang rapi serta sanggup mengorbankan masa dan tenaga.begitu juga dengan isteri beliau.."


 "Tujuan utama Trip ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi talian silaturrahim antara pemikat terkukur dan merbuk tak kira apa bangsa mahupun agama sekalipun.sambil itu Paklang ingin memartabatkan seni terkukur dan merbuk kampung ini ke satu level standard yang lebih tinggi"

 "Akhir sekali Paklang mengucapkan sekalung tahniah kepada para pemenang,bagi yang kecundang jangan berputus asa,insyaallah dimasa akan datang ada rezeki tuan-tuan.Jutaan terima kasih sekali lagi buat Tuan Rumah Yusof Budiman atas kejayaan trip ini.begitu juga terima kasih atas sokongan Penghulu Mukim 8 Parit Raja,Ketua Kampung Parit Raja,Balai Polis Parit Raja..Terima Kasih juga kepada Sdr Esyam 3 Laman selaku ketua Kelab Merbuk Kampung dan Sdr. Bob kerry selaku Ketua Team Pemikat Terkukur Utara-Selatan Sabah dan Sarawak kerana kerjasama yang diberi.Tidak dilupakan semua Ahlijawatankuasa dam marshall yang terlibat,tanpa anda semua trip ini tidak dapat dijayakan dengan sempurna.Saya ingin meminta maaf sekiranya ada yang terkurang serta tersilap kata sepanjang trip ini dijalankan.Semoga kita bersua lagi pada trip akan datang...Insyaallah...Assalamualaikum.."



 KATA ALUAN TUAN RUMAH.



EN YUSOF BIN MARDI (YUSOF BUDIMAN)

 "..Assalamualaikum kepada semua...pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kelancaran Trip kali ini,serta memberikan cuaca yang amat baik pada hari ini.Saya selaku Tuan Rumah untuk Trip kali ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Paklang Sangkar kerana memberi peluang untuk saya menjadi tuan rumah Trip Sejuta Pemikat ini.."


 "..Saya amat berpuashati dengan penyertaan yang ramai dan diluar jangkaan saya dan saya rasa trip kali ini mengumpulkan hasil tangkapan yang paling banyak.Saya juga berpuashati dengan persiapan penganjur serta AJK yang terlibat.."

 "..dimasa akan datang saya mengalukan lagi Trip yang sedemikian rupa dilangsungkan Di Parit Raja kerana disini mempunyai banyak burung.Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Penghulu Mukim 8 Parit Raja serta Ketua Kampung Parit Raja kerana membenarkan trip ini dilangsungkan disini.begitu juga dengan Polis Parit Raja,Pak Imam Parit Raja..dan yang paling penting terima kasih kepada isteri saya yang amat-amat memahami serta jiran-jiran yang sudi membantu memasak juadah pada hari ini...begitu juga dengan semua peserta yang hadir menjayakan Trip kali ini..."


 "..Saya memohon maaf sekiranya ada yang terkurang atau terkasar bahasa sepanjang trip ini dilangsungkan..semoga kita bersua lagi dimasa akan datang..."


SEKIAN LAPORAN TRIP SILATURRAHIM HIMPUNAN SEJUTA PEMIKAT MALAYSIA 2012...Wassalam.....

2 comments:

  1. tahniah adib dan juga kepada semua yg terlibat.

    ReplyDelete
  2. DinZafiz...tq byk2 bang...smoga dpt dtruskan masa akn dtg....

    ReplyDelete