Wednesday, February 12, 2014

TRIP SILATURRAHIM HIMPUNAN SEJUTA PEMIKAT MALAYSIA 2014(EDISI 1)





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kawan...



Disini Kawan dengan besar hati menjemput semua sahabat-sahabat pemikat burung Terkukur dan Merbuk untuk sama-sama memeriahkan Program Trip Silaturrahim Himpunan Sejuta Pemikat Malaysia 2014(Edisi 1.Program ini akan berlangsung pada 29 Mac 2014 iaitu hari Sabtu.Program ini akan dilangsungkan di Felda Semenchu,Kota Tinggi,Johor.


 Program ini dianjurkan oleh Persatuan Belia Felda Semenchu dan Terkukur Selatan Group.Penyelaras dan Perunding Pertandingan oleh Persatuan Pemikat Terkukur Dan Merbuk Malaysia(PPTDMM) yang diketuai oleh Hj Khalidar Bin Hj Idris(Paklang Sangkar).



Program ini juga diberi sokongan penuh oleh Johor Tourism,Jabatan Penerangan Johor,Pejabat Parlimen Pengerang(P157),Majlis Daerah Kota Tinggi(MDKT),Pengurus Felda Semenchu,Ketua Kampung Felda Semenchu dan JKKK Kamkung Felda Semenchu. Program ini juga dengan kerjasama Balai Polis Teluk Sengat,Klinik Desa Felda Semenchu,RELA Felda Semenchu,Merbuk Kampung Group,Laman Cantik Team Utara(LCTU),Kelab Tekukur Siber,Pikat Selatan,Team Pemikat Terkukur Utara-Selatan,Sabah dan Sarawak dan LC Legend Group.Radio Rasmi untuk program ini adalah Sinar FM(Muzik Retro Terbaik).Akhbar Rasmi pula adalah SINAR dan Web Rasmi adalah Terkukur Selatan sendiri.



 Disamping program memikat Terkukur dan Merbuk,program kali ini diselitkan pelbagai aktiviti menarik antaranya Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak Kelainan Upaya,Pameran kraftangan produk dari Orang Kelainan Upaya(OKU),Pameran Bonzai oleh persatuan Bonzai Kota Tinggi,Jualan alatan memikat dan memelihara burung dan sebagainya.



 Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai produk berasaskan memikat atau memelihara burung boleh turut serta untuk mempromosikan barangan tersebut.Kepada yang bermurah hati memberi produk kepada kami hadiah cabutan bertuah untuk program nanti,kami amat alu-alukan dan jutaan terima kasih kami ucapkan.


 Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang-pemenang serta pelbagai lagi hadiah untuk cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah.Bagi semua sahabat-sahabat Pemikat jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan program ini.



Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi Hj Khalidar Bin Hj Idris(Paklang Sangkar) ditalian 013-6779476 atau Adib(Terkukur Selatan) ditalian 019-7212130. 


Sekian untuk makluman sahabat-sahabat semua serba sedikit tentang program tersebut.Kawan akan update dilain masa... Wassalam....

No comments:

Post a Comment