Wednesday, February 12, 2014

TRIP SILATURRAHIM HIMPUNAN SEJUTA PEMIKAT MALAYSIA 2014(EDISI 1)





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog kawan...



Disini Kawan dengan besar hati menjemput semua sahabat-sahabat pemikat burung Terkukur dan Merbuk untuk sama-sama memeriahkan Program Trip Silaturrahim Himpunan Sejuta Pemikat Malaysia 2014(Edisi 1.Program ini akan berlangsung pada 29 Mac 2014 iaitu hari Sabtu.Program ini akan dilangsungkan di Felda Semenchu,Kota Tinggi,Johor.


 Program ini dianjurkan oleh Persatuan Belia Felda Semenchu dan Terkukur Selatan Group.Penyelaras dan Perunding Pertandingan oleh Persatuan Pemikat Terkukur Dan Merbuk Malaysia(PPTDMM) yang diketuai oleh Hj Khalidar Bin Hj Idris(Paklang Sangkar).



Program ini juga diberi sokongan penuh oleh Johor Tourism,Jabatan Penerangan Johor,Pejabat Parlimen Pengerang(P157),Majlis Daerah Kota Tinggi(MDKT),Pengurus Felda Semenchu,Ketua Kampung Felda Semenchu dan JKKK Kamkung Felda Semenchu. Program ini juga dengan kerjasama Balai Polis Teluk Sengat,Klinik Desa Felda Semenchu,RELA Felda Semenchu,Merbuk Kampung Group,Laman Cantik Team Utara(LCTU),Kelab Tekukur Siber,Pikat Selatan,Team Pemikat Terkukur Utara-Selatan,Sabah dan Sarawak dan LC Legend Group.Radio Rasmi untuk program ini adalah Sinar FM(Muzik Retro Terbaik).Akhbar Rasmi pula adalah SINAR dan Web Rasmi adalah Terkukur Selatan sendiri.



 Disamping program memikat Terkukur dan Merbuk,program kali ini diselitkan pelbagai aktiviti menarik antaranya Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak Kelainan Upaya,Pameran kraftangan produk dari Orang Kelainan Upaya(OKU),Pameran Bonzai oleh persatuan Bonzai Kota Tinggi,Jualan alatan memikat dan memelihara burung dan sebagainya.



 Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai produk berasaskan memikat atau memelihara burung boleh turut serta untuk mempromosikan barangan tersebut.Kepada yang bermurah hati memberi produk kepada kami hadiah cabutan bertuah untuk program nanti,kami amat alu-alukan dan jutaan terima kasih kami ucapkan.


 Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang-pemenang serta pelbagai lagi hadiah untuk cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah.Bagi semua sahabat-sahabat Pemikat jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan program ini.



Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi Hj Khalidar Bin Hj Idris(Paklang Sangkar) ditalian 013-6779476 atau Adib(Terkukur Selatan) ditalian 019-7212130. 


Sekian untuk makluman sahabat-sahabat semua serba sedikit tentang program tersebut.Kawan akan update dilain masa... Wassalam....

Tuesday, February 4, 2014

BH SAKIT MATA LE PULAK....

Tarikh : 4 Februari 2014.
Masa : 4.30pm.
Laman : Ladang Sawit Layau 4,Kota Tinggi Johor.
Team : Kawan,Adam,Kecik,Botak,Paw dan Rizal.
Jentera : Honda Wave,Honda EX5(4 biji) dan Yamaha LC.
Pikat : Si Gelang Biru(GB).
Teknik : Racik Tanah.


 BH SAKIT MATA LE PULAK... 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat-sahabat kaki-kaki mikat semua....Arini Kawan dengan member-member nak try laman Layau 4,kata Rizal ade BH sedap-sedap kat laman ni....Kol 4.30 kami gerak dari umah,perjalanan amik masa lebih kurang 20 minit.




 


 Sampai je laman ade banyak jugak BH dok berentap kat tengah-tengah bakau....adoooiii....semak pulak nak masuk dalam bakau,Jadi kami pun buat le laman kat sawit je...Mana tau BH sudi nak datang...hehehe.....


Member dah siap pasang,Kawan masih tunggu kejap...(sambil amik gambar diorg...hahaha)


 



 Kawan jalan kaki kedepan sikit,ade 1 laman agak lapang bersebelahan dengan pokok bakau....



 



 Ade seko BH melambung je masa tengah siapkan laman tadi,tapi mainan pun tak tau macamane...Kawan pasang jela...hehe....Dalam 5 minit menyorok,BH ni melambung lagi bila terdengar Si GB merap dan angkat guk....Dalam 10 minit dia dok melambung dalam bakau je,tiba-tiba sampai jugak kat sebelah pokok anggar...Menguku saje kejenye...Si GB kasi nguku anggar,BH ni pindah ke pokok anggar pulak....Menguku lagi....Wahhhh....penguku rupanya....Last-last Si GB kasi tembak satu kali,sambil selang.....BH dah pandang-pandang kebawah laman,Si GB kasi tembak kali kedua sambil selang lagi,baru le BH ni terjun depan laman....



Memang menguku saje BH ni....Dia pusing-pusing luar laman,terus ikut pintu nak masuk...Tau-tau kaki dah tersadung....Alhamdulillah.....


Ni le rupa BH tu....



 Dia bawak racik nak masuk dalam bakau,nasib baik le sangkut kat daun rotan....hehehe...



 



 Pandangan Kanan...(sakit mata le pulak...)



 




Pandangan Kiri...



 




 Pandangan atas...



 



 Lepas kawan leraikan racik yang kusut tadi,Kawan gi tempat parking moto...Nengok jam dah pukul 6.15pm...Member-member pun masih kejar BH idaman...Kawan pacak-pacak je Si GB wat panas-panas kat laman...



 


 Jam 6.45pm semua dah kemas-kemas....Kami berbual kejap kat moto...



 



 Kawan bagi le BH penguku ni kat member,dia nak rawat sakit matanye...hehehe....lagi 5 minit nak kol 7pm,kami pun bergerak pulang....



Sekian laporan melaman untuk kali ni,akan datang Kawan sambung lagi.....Wassalaam.....

Saturday, February 1, 2014

MISI SJ BERJAYA!!!!

Tarikh : 31 Januari 2014.
Masa : 7am.
Laman : Teluk Sengat,Kota Tinggi Johor.
Team : Kawan,Botak,Adam,Sam,Jemik dan Faiz.
Jentera : Honda Wave,Honda EX5(3biji),Modenass Kriss dan Demak.
Pikat : Si Gelang Biru(GB).
Teknik : Racik Tanah.


 MISI SJ BERJAYA....

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog Kawan...Selamat Tahun Baru Cina juga Kawan ucapkan kepada sahabat-sahabat yang berbangsa cina.

Arini Kawan dan geng-geng sini nak try laman BH reward kat Teluk Sengat.Perjalanan amik masa lebih kurang 20 minit dari umah,jadi kami gerak awl sikit dalam kol 7am...Beli bekalan nasik lemak dan mi hoon goreng dulu wat alas perut...hehehe....Misi pagi ni dengan penuh harapan,cuaca sejuk kami tempuhi(wahhh...bermadah pulak dah....hehe...)BH idaman sorang member ni,dah lama kami kejar,ari kami cuba nasib lagi....



 LAMAN 1.



 


 pokok sawit agak tinggi sikit,BH susah sikit nak jatuh laman...Kadang-kadang dia wat tak tau je ngan pikat....Kawan pun terus je wat laman..kat sini ade 2,3 ekor BH dah berebut kawasan...termasuk le BH idaman Seladang Jati(SJ).Kawan siapkan laman,terus je turunkan Si Gelang Biru(GB)



 



Tanah kat laman ni agak gembur sikit,takut je tumang tanggal...Dalam 5 minit Si GB wat keje,merap sambil angkat guk je dia....BH SJ kedengaran main jauh sikit pagi ni.Tiba-tiba seko BH Guk 2 yang sampai anggar...Si GB terus kasi signal nguku anggar seround...pastu kasi selang nguku...adoi...BH ni wat tak layan je...Last sekali Si GB tembak sekali,tumang tanggal pulak 1 paku....adoooiiiii....Sebelum tanggal dua-dua,baik Kawan keluar....BH guk 2 ni pun terbang....Mmmmmm.....



 LAMAN 2.



 



Kawan cuba lagi himpit BH SJ ni,tadi dengar dia main atas bukit...Kawan persiapkan laman,tebas-tebas sikit rumput tepi jalan ni,pacak racik terus turunkan Si GB....Si GB terus wat keje...canteeekkkk.....Dia angkat guk je...Dalam 10 minit,Si GB asyik tembak-tembak je...Sambil patuk-patuk kaki....adoooiiii....sah ade semut kat laman ni.....Kawan keluar,mak aiiii....semut dah beribu kat laman....Kawan buang sikit-sikit semut kat badan Si GB terus pindah laman...Jangan Si GB merajuk nak bunyi sudah le.....hehhee....



 LAMAN 3.



 



 Kawan naik sikit keatas,wat laman terus turunkan Si GB...Nasib le Si GB tak merajuk dia terus on semula....(legaaa......)Tiba-tiba Kawan nampak kelibat BH berdekatan anggar....Hinggap terus nguku je....wah...sah BH SJ...Debaran memuncak ni...hehe....Si GB angkat guk sambil merap lagi....



Tau-tau BH ni kat anggar dah...pehhhh....dia punya selang berapi-berapi.....rapat abis....Patutpun member sorang ni berkenan sangat...hehehe....Si GB kasi nguku anggar....Sambil selang....BH dah panas punggung terus terjun luar laman....Menguku memang mabelessss......SJ ni lompat sikit terus masuk laman....Puk pak...puk pak....berlaga ngan Si GB....adoiiii....Ganas betul....Memang kaki pukul ni..... Ade le dalam 8 hingga 10minit berlaga....Dua-dua nak naik letih dah...Nasib baik le SJ ni tak selalu tenggek belakang Si GB...sampai le Si GB sepak SJ ni ke racik,jalan sikit terus tersungkur....


Dengan penuh debaran,Kawan gi amik SJ ni.....Alhamdulillah...




ni le rupa BH SJ tu....




 



 hujung jari je....rezeki...rezeki.....



 




 Pandangan Kanan...



 




 Pandangan Kiri....



 




 Pandangan Atas...




 



 Kawan nengok jam dah menunjukkan kol 11.15am...Kawan kemas-kemas alatan dan tunggu member-member yang lain...Jam 11.30am kami pun bergegas pulang....Sekian laporan melaman untuk kali ini....



Wassalam....