Tarikh : 1 dan 2 September 2012.
Masa : 2pm.
Destinasi : Parit Raja,Batu Pahat Johor dan Negeri Sembilan.
Team : Kawan,Sharil (Sang Semut) dan Adam (Adam Layau).
Jentera : Proton Waja 1.6
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada sahabat dan kenalan semua....
Arini Kawan dan member kat sini sekadar bersua dan berkongsi ilmu dengan Orang-Orang lama seperti Abg Yusof (Yusof Budiman)di Parit Raja,Batu Pahat..Pak Lang (Paklang Sangkar) dan Pakcu Z di negeri Sembilan....Sebenarnya dah lama kami plan nak berkunjung tetapi baru sekarang semua ada kelapangan....
KERUMAH ABG YUSOF BUDIMAN,PARIT RAJA,BATU PAHAT,JOHOR...
semakin hampir....(Jam menunjukkan pukul 5pm)
Setibanya kami dirumah Abg Yusof Budiman,kami berborak sambil menikmati Soto yang sememangnya sedap...lebih kurang pukul 6pm kami bertiga minta diri untuk meneruskan perjalanan kerumah Paklang di Seremban...Sebelum tu kami merakamkan gambar kenangan dirumah Abg Yusof Budiman...
Siapa paling ensem nih...???hehehe...
Kepada Abg Yusof serta isteri,kami amat berterima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami dan menyaji makanan...Sempena Hari Raya ini Kami memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tergurau senda...Halalkan segala makan dan minum kami semasa berada dirumah Abg Yusof....
KERUMAH PAKLANG SANGKAR,SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.
Perjalanan kami dari Parit Raja mengambil masa lebih kurang 2jam setengah...Setibanya kami di Seremban,Kami bersua buat kali pertama dengan Paklang...Paklang mengajak kami menjamu selera di kedai makan berhampiran dengan kediaman beliau...Setibanya dirumah Paklang,kami disambut oleh Maklang dengan mesra sekali...
Sambil-sambil tu Paklang mengajak kami ke halaman rumah untuk melihat bengkel pembuatan sangkar serta ladung yang menempatkan burung terkukur untuk diturunkan baka....Selepas itu kami berborak sambil mempelajari ilmu berkaitan terkukur...Ternyata Paklang amat bermurah hati untuk mengajar kami yang masih mentah dalam bidang ini...
Jam dah hampir pukul 2pg...Kami merehatkan badan untuk tido,dan tak sabar nak tunggu esok pagi sebab nak dengar burung terkukur yang sememangnya terbaik dari koleksi Paklang....
2 SEPTEMBER 2012...
Pagi-pagi lagi kami dah bangkit dan membersihkan diri sambil mendengar suara burung dari belakang umah Paklang....riuh dengan suara pikat...syok je dengar...hehehe....
Maklang menjemput kami bersarapan pagi...Maklang menyaji kami dengan mee hoon goreng yang menyelerakan....terima kasih Maklang...
Selesai bersarapan Paklang menunjukkan cara-cara membuat sangkar layang....Di bawah ni sebahagian gambar yang sempat diambil...
haaaa....nak curik burung Paklang ke??hehehhee.....
Adam bergaya disamping merbuk Paklang...hehehe...
Paklang sentiasa teliti dalam pembuatan sangkar layang....
gaya anak murid dan Sifu....hehehe....
Boleh ke tu?
cehhhh.....
bekerja keras nampaknya si Sharil ni..(boleh naik gaji...hehehe.....)
Kawan test buat teknik kayu bakar...(rokok kat ujung bibir yang tak tahan tu....hahaha...)
dalam pukul 11am,kami dibawa Paklang ke rumah kenalan untuk melihat baka ayam serama...Kawan nak try buat induk disebabkan kat Johor sekarang orang kurang berminat dah nak membela dan membiakkan ayam serama..mana tau ade rezeki nanti,dapat le Kawan turunkan baka....Terima Kasih kepada Paklang kerana membawa kami kerumah kenalan beliau kerana ayam serama yang kawan beli ni kene dengan citarasa kawan dan dapat dengan harga yang amat-amat special....hehehe....
Dalam tengahari kami pulang semula ke rumah Paklang..Tak lama tu Paklang didatangi Otai merbuk iaitu Wong (Bird Man) dan Art Guan...Kami bersembang bersama...Ternyata Mr Wong juga seorang amat teliti dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau...
Ni sebahagian gambar yang sempat diambil semasa Mr Wong datang ke rumah Paklang...
Sempat pulak berposing dengan jebak Mr Wong ni...hehehe...
Kami disajikan makan tengahari oleh Maklang...Pekene udang sambal..pehhh...marbelesss.....Sebelum Mr. Wong pulang,kami sempat merakamkan gambar kenangan....
Jam dah menunjukkan hampir pukul 3pm...Kami ingin singgah di kediaman adik kepada Paklang iaitu Pakcu Z untuk melihat AH sebelum berangkat ke Johor...Kepada Paklang,Kami amat-amat berterima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami dari Johor...Dapat mempelajari ilmu yang sangat berharga dari Paklang...Kepada Maklang,terima kasih banyak-banyak kerana sanggup bersusah payah menghidangkan kami dengan santapan yang sedap-sedap...Kami takkan lupakan pengalaman sepanjang berada dirumah Paklang dan Maklang...
Bersempena Bulan Syawal ini,kami ingin memohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan mintak dihalalkan segala makan dan minum kami....Jika panjang umur kita akan bersua lagi dimasa akan datang....Terima Kasih Sekali lagi....
KERUMAH PAKCU Z.
Perjalanan kerumah pakcu Z Ambil masa lebih kurang 45 minit....Kami bertemu di gerai menjual cendol(pehhhh....sedap pekene time2 panas macam ni...hehehe...)
Sampai dirumah Pakcu Z kami disajikan lagi dengan Mee kari...(sedaaappppp....)
Ni sebahagian gambar yang sempat diambil kat kediaman Pakcu Z....
Jam dah menunjukkan pukul 6.30pm...kami minta diri untuk pulang kepada Pakcu Z...Terima kasih banyak-banyak kepada pakcu Z dan isteri kerana sudi menerima kedatangan kami dan menyajikan juadah yang semangnya menyelerakan....Kami juga ingin memohon kemaafan sekiranya kedatangan kami ini ada melakukan kesalahan dan terlepas cakap....minta jugak dihalalkan segala makan dan minum kami....
Setelah selesai semuanya kami berangkat pulang ke Johor dengan 1001 kenangan dan pengalaman dari orang lama seperti Yusof Budiman,Paklang Sangkar dan Paksu Z...Jika ada rezeki kita akan bersua lagi....
TERIMA KASIH SEMUA DARI KAMI.......
sangkar layang nya di jual ga gan
ReplyDeletesangkar layang nya di jual ga gan
ReplyDelete