dalam ruangan ni kawan nak paparkan BH yang mungkin ada potensi..tapi kawan tak pasti lagi cepat jadi pikat ke tak...kawan tak berapa arif sangat tentang fizikal BH ni..kepada sahabat-sahabat semua,boleh le bagi pendapat pada gambar BH yang kawan dah naikkan sangkar layang kat bawah ni...
SI KONTOT
sejarah si kontot
nama kontot kawan bagi sebab kawan dapat ekornye semua patah-patah..kuat belaga agaknye..hehe..kawan dapat kat laman sawit blok 21,Felda Semenchu..kawan suka kat si kontot ni sebab mula dapat masa tu,kawan cabut semua ekornya terus campak kat ladung.masuk je,dia terus menguku dan kitai otai-otai dalam ladung...boleh tahan..cuma kepala macam kecik sikit...
nama : si kontot.
bunuh : bulan januari 2010.
permainan : seladang jati/tongkat mati
selang nguku
SI MANGGIS
sejarah si manggis
nama manggis kawan bagi sebab kawan dapat masa tu,dia suka sangat main kat pokok manggis..kawan dapat si manggis ni kat ladang pisang bersebelahan tanah perkuburan islam Felda Semenchu..permainan boleh tahan..tapi,kawan nak mintak pendapat sahabat-sahabat mikat semua jugak...
nama : si manggis
bunuh : bulan ogos 2009
permainan : guk 1
selang nguku
menguku anggar
SI PISANG
sejarah si pisang.
nama pisang ni kawan bagi sebab member kawan nama zaid ni asyik cakap badan BH ni macam jantung pisang.BH ni musim lepas kawan kejar tak dapat-dapat..memang celir racik..BH ni kawan dapat kat laman ladang sawit blok 21..sekarang ni nampaknya dah menguku je nampak BH terbang..
nama : Si Pisang.
bunuh : bulan januari 2010.
permainan : seladang jati/tongkat jati.
nguku anggar.
selang nguku.
No comments:
Post a Comment